Sunday, December 26, 2010

Resepi apam mauripan pandan (kak suria)

BAHAN2NYA ( GUNA ACUAN DAPAT 22-23 BIJI) PUTRI BUAT SETENGAH ADUNAN
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
½ CAWAN GULA PASIR
½ PACKET YEAST ATAU MAURIPAN( PUTRI PAKAI YEAST)
250 ML AIR SUAM
SEDIKIT PANDAN PASTE
SEDIKIT PEWARNA KEGEMARAN

CARA2NYA

MASUKKAN SEMUA BAHAN DIATAS DALAM SATU BEKAS….KACAU RATA. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN DAN LETAK PANDAN PASTE DAN WARNA KESUKAAN ANDA. MASUKKAN KEDALAM ACUAN YG TELAH DI SAPU MINYAK TERDAHULU DAN BIAR NAIK SIKIT SELAMA 15-20 MINIT. SETELAH ITU KUKUS SELAMA 8-10 MINIT. TUNGGU SEJUK DAN BOLE HIDANG DENGAN KELAPA.

Sumber : Kak Suria

Wednesday, December 22, 2010

Resepi Kek Coklat

Hari ni Hari lahir yang ke 34..

Pagi-pagi dah siap2kan bahan untuk buat kek coklat. sedapnya coklat ni..

Bahan-bahannya

6 1/2 auns tepung gandum / berprotein tinggi
2 1/2 auns serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

ayakkan kesemua bahan di atas

12 auns gula di blend
8 auns susu cair
8 auns minyak jagung
6 auns air
2 sudu kecil nescafe (kalau nak pahit)
2 biji telur
1 sudu kecil vanila

pukul telur, masukkan minyak, susu, gula dan kacau
masukkan bahan yang lain.. bakar hingga masak

Tuesday, December 21, 2010

Roti Putih

Bahan-bahan: (menghasilkan 2 buku roti guna loaf tin saiz sederhana)

500 gm tepung protein tinggi
3 sudu besar minyak masak
1/2 peket yis kering
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1-2 cawan air suam (tambah sikit-sikit)

Cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan kecuali air di dalam mangkuk. Campurkan air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga jadi doh. Tutup mangkuk dengan cling wrap dan perap 1 jam.

2. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan uli lagi 5 minit. Lengserkan loyang dan bahagi dua doh jika guna loyang kecil. Masukkan ke dalam loyang dan perap lagi 45 minit.

3. Panaskan oven pada suhu 190 darjah celcius dan bakar roti selama 30-40 minit atau roti keperangan.

Sumber : http://periuktanah.blogspot.com/2009/08/roti-putih-pastinya-yang-mudah.html

Roti prune

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti
70 gram tepung gandum
6 gram instat yeast
1 camca besar susu tepung
30 gram gula halus
50 gram mentega
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softener
130 ml air
70 ml whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
100 gram prune, hiris kasar

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali mentega, gaul hingga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga lembut dan anjal, jika melekat tabur sedikit tepung. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik, biar 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan on, biar hingga siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan doh tadi pada 10 bahagian. Ambil satu dan bentukkan bulat seperti bola, susuh dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap.
3. Perap 45 minit hingga kembang. Bakar dalam oven yang telah dipanasan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan roti dari oven dan sapu mentega atas permukaannya. Kalau suka boleh tabur sedikit gula halus..

Sumber :http://tiffinbiru.blogspot.com/search/label/Roti%20Dan%20Pizza

Kuih Kosui Pandan

Mentang-mentangla ada pokok pandan.. resepi yang ada pandan tu saya suka sangat
Resepi ni pun mudah.. tapi tunggu la kuih lapis yang baru dibuat habis dimakan.. mau 3 hari tu baru habis..

Bahan-bahannya: (hidangan untuk 5 orang)

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air pandan (kisar 5 helai daun pandan dengan 1 cawan air- tapis dan sukat 1 cawan)
2 cawan air biasa
1/2 sudu teh air kapur cair
sedikit pewarna hijau

1 cawan kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Campurkan air pandan, gula, tepung dan air di dalam mangkuk. Gaul rata menggunakan 'whisk' hingga gula hancur. Tambahkan sedikit pewarna hijau ikut citarasa.
2. Masukkan air kapur dan gaul rata.
3. Panaskan pengukus dan sediakan loyang. (tak perlu di lengser) Tapiskan adunan ke dalam loyang dan kukus kuih selama 15- 20 minit. Untuk mengelakkan air masuk ke dalam loyang, tutup loyang dengan aluminium foil atau tuala dapur, ketika mengukus.

4. Apabila kuih masak, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan sebelum dipotong. Boleh juga disimpan di dalam peti ais agar cepat sejuk.

5. Potong kuih dan gaul dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Sedia dihidang.

*** jika loyang tidak ditutup, cedok lebihan air yang bertakung di atas kuih, sebaik dikeluarkan daripada pengukus.

Sumber : http://periuktanah.blogspot.com/2010/03/kuih-kosui-pandan.html

Kuih Lompang

Satu lagi resepi yang rsaya rasa teringin nak buat.. Rasanya mcm mudah nak buat. cuma acuan lompang tak beli lagi.. jadi simpan dulu resepinya

Sumber : http://periuktanah.blogspot.com/2009/09/kuih-lompang-kak-mah.html

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
2 cawan air gula merah
3/4 sudu teh air kapur cair
1 camca besar tepung jagung

kelapa putih secukupnya digaul sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk. Gaul hingga sebati. Tapiskan ke dalam mangkuk lain.
2. Panaskan pengukus dan sediakan acuan. Sendukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau hingga kuih masak.

3. Keluarkan kuih daripada acuan dan letakkan kelapa parut di tengahnya. Sedia dinikmati.

Resepi Kuih Lapis

Cuti-cuti ni memang sedap masak..

Teringin nak tahu macamana buat kuih lapis ni. anak memang suka makan... search di internet 1 resepi kuih lapis.

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis seperti kat gambar tu... budak-budak paling suka bab ni..

Sumber ~~ http://periuktanah.blogspot.com

Memang sedap... tapi oleh kerana warna merah tak de dlm stok saya tukar dengan air pandan.. lagi sedap dan wangi tapi kuih lapis saya lembik sikit.. rasanya perlu kurangkan air