Tuesday, December 21, 2010

Resepi Kuih Lapis

Cuti-cuti ni memang sedap masak..

Teringin nak tahu macamana buat kuih lapis ni. anak memang suka makan... search di internet 1 resepi kuih lapis.

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis seperti kat gambar tu... budak-budak paling suka bab ni..

Sumber ~~ http://periuktanah.blogspot.com

Memang sedap... tapi oleh kerana warna merah tak de dlm stok saya tukar dengan air pandan.. lagi sedap dan wangi tapi kuih lapis saya lembik sikit.. rasanya perlu kurangkan air

No comments:

Post a Comment